PUAN YASINAH BINTI KUTIK
GURU KANAN PETADBIRAN DAN KURIKULUM
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
- Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Kurikulum
- Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
- Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
- Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
- Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
- Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
- Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
- Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
- Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
- Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
- Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
- Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
- Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
- Membantu merancang takwim sekolah.
- Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
- Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
- Menyelaras semua jenis kutipan yuran
- Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
- Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
- Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.
- Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
- Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
Pembangunan Organisasi.
- Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
- Mengadakan kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri.
- Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
- Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah
- Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.