Rabu, 22 Jun 2016

~#Selamat MENYAMBUT NUZUL AL QURAN#~

~#Selamat MENYAMBUT NUZUL AL QURAN#~
Bersempena peristiwa turunnya al-Quran ini, pada 17 Ramadhan, marilah kita sama-sama menghayati & merenung kembali akan besarnya nikmat kemukjizatan al-Quran kepada kita semua. Jadikanlah al-Quran sebagai pedoman dan panduan dalam menempuhi ranjau kehidupan. Kerana semuanya terkandung di dalamnya. Firman Allah swt:
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْء
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini;" [al an'am:38]
Yang tinggal hanyalah untuk kita mengaji dan menuntut ilmu mendalami al-Quran.
Bawalah al-Quran kemana jua kita berada, supaya kita mampu berakhlak sepertimana yang diajarkan di dalamnya.
Kata Aisyah r.ha apabila ditanya bagaimanakah akhlak Baginda saw, jawabnya:
كان خلقه القران
"Akhlak Baginda saw adalah al-Quran"
Berselawatlah kepada baginda dan sentiasalah merindui baginda kerana melalui perantaraan bagindalah seluruh umat manusia beroleh rahmat dan berkat keagungan al-Quran sehingga ke hari ini.